Sabtu, 8 Jun 2013

farewell cat (oren)

semalam hari yang amat menyedihkan bagi ku.
1430 kawan ku ajak keluar bandar, aq pun start la kereta. kebiasaan nya aq akan memeriksa kereta kalau2 ada kucing lepak ke kat bawa kereta aq. entah mengapa semalam aq x teringat langsung kat kucing aq.
1440 aq pun start jalan tiba-tiba jiran aq cakap iman kucing. pada mulanya aq ingat main2 je, tetapi melihat raik wajah pakcik tu membuatkan ku tak keruan lantas ku keluar dari kereta dan melihatnya kesakitan. sebak rasanya tapi aq kuat kan diri tuk bagitau akak ku
1450 aq telefon ayah aq tanya cangkul kat mana dan mula mengali, setelah hampir 20 minit mengali aq mengambil kucing ku dan membalutnya dgn kain dan menanamkan nya. melihat betapa sedihnya akak ku membuat ku berasa bersalah sedih dan marah terhadap diri sendiri. tanpa ku sedar air mata ku mengalir keluar melihat seekor lagi kucing ku.
1930 malam itu balik dari berjumpa kawan ku kerana sudah berjanji. terlihat ku tempat aq langgar kucingku itu membuatkan ku menangis kembali. perasaan sedih dan marah terhadap diri sendiri semakin menebal
1935 ibu ku masuk menenangkan ku dengan mengatakan bahawa setiap yang hidup pasti mati. aq terima kenyataan itu tetapi mengapa harus mati sebegini.
2050 akhirnya aq berjaya memuhasabah diri dan menerima takdir ini (thank allah)